Pengenalan
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teknologi kenderaan bermotor seperti menjalankan pemeriksaan berkala, sistem bahan api, sistem elektrik kenderaan bermotor, sistem penghantaran bermotor, sistem pembaikan klac dan brek, pengimbangan kenderaan bermotor dan sistem stereng, tayar dan pembaikan sistem penggantungan dan juga sistem penyelenggaraan penghawa dingin. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada Turbo kuasa dan enjin.

Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada penyeliaan pengurusan yang merangkumi teknik komunikasi, pengurusan kerja, penguatkuasaan keselamatan, kawalan bajet, penilaian kerja dan tenaga kerja kawalan latihan.

Kod BidangNama BidangTempoh Pengajian
TP-300-4Eksekutif Automotif-Servis Selepas Jualan12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
TP-300-3:2013Automotif-Servis Selepas Jualan12 Bulan
TP-300-2:2013Automotif-Servis Selepas Jualan12 Bulan

Syarat Kemasukan
1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Tidak rabun warna.

Peluang Kerjaya
Menjadi jurutera sektor automotif di kilang-kilang kereta.
Mekanik kenderaan di pusat servis dan bengkel.
Menjadi penasihat teknikal berkaitan perkhidmatan automotif.
Menjadi pengusaha bengkel.
Menjadi tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi Kemahiran.