Pengenalan
Kursus ini memberi pendedahan latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaran sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistm penyamanan udara.

Selain itu, kursus ini merangkumi aspek-aspek yang berbeza, termasuk keselamatan, bahan pendingin, kipas pengudaraan dan mengenali unit penyamanan udara jenis window dan split. Kursus ini juga merangkumi aspek penyeliaan perkhidmatan dan pengurusan perhubungan pelanggan.

Kod BidangNama BidangTempoh Pengajian
ME-020-3:2012Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC12 Bulan
ME-020-2:2012 Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)6 Bulan

Syarat Kemasukan
1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Tidak rabun warna.

Peluang Kerjaya
Juruteknik sistem penyamanan udara.
Pakar jualan alatan penyamanan udara.
Penyelia fasiliti di sektor awam dan swasta.
Membuka kedai membaiki alat penyamanan udara.
Tenaga pengajar di institusi kemahiran dan vokasional jika melanjutkan pengajian.
Perekacipta inovatif set penyamanan udara jika mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang tinggi.