Pengenalan
Kursus ini dibentuk khusus untuk membentuk peranan individu apabila bekerja di pejabat serta pengurusan yang berkesan. Pendekatan yang digunakan mengambil kira kesemua faktor utama sebuah pegurusan pejabat berkesan. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelajar akan diberi penekanan berkaitan sistem pengurusan pemfailan,pengurusan dokumen elektronik, perlaksaan fungsi pentadbiran, pengurusan komunikasi perniagaan dan melaksanakan fungsi penyeliaan.

Program ini juga turut menerangkan tentang asas pengurusan pejabat dan penyeliaan untuk diamalkan dalam tugas-tugas harian. Ia dapat memupuk sikap positif terhadap persekitaran kerja dan berperanan sebagai penyelia dan pentadbir.

Kod BidangNama BidangTempoh Pengajian
FB-081-4:2012Pentadbiran Sistem Maklumat12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
FB-024-3:2012Penyeliaan Pengurusan Pejabat12 Bulan
FB-024-2:2012Pengurusan Pejabat 6 Bulan

Syarat Kemasukan
1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Tidak rabun warna.

Peluang Kerjaya
Eksekutif Pentadbiran
Eksekutif Pemasaran
Eksekutif Sumber Manusia
Pengurus
Pensyarah
Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional sekiranya melanjutkan pengajian.