Pengenalan
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teknik pemasangan dan penyelenggaraan komputer, spesifikasi komponen komputer, membaikpulih komputer, memasang perisian, teknik format dan memelihara keselamatan data serta pengurusan dokumen. Selain daripada itu, pelajar turut didedahkan dengan teknik membina kabel rangkaian dan asas rangkaian komputer serta penggunaan dan pemasangan perisian di dalam telefon pintar.

Kursus ini juga mendedahkan pelatih dalam aspek teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran teknikal dalam teknologi sistem komputer. Selain daripada itu, pelatih akan didedahkan kepada kemahiran perkakasan rangkaian, perisian rangkaian serta pengurusan perolehan teknologi komputer, pengurusan data berpusat dan rangkaian tahap tinggi serta pembangunan dan pengurusan sistem berasaskan web. Di penghujung kursus, pelatih mesti boleh membina projek akhir berasaskan sistem komputer dan mahir dalam pengurusan dokumen teknikal berkaitan projek. Pelatih juga diwajibkan menjalani Latihan Industri selama 6 bulan. Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang teknologi komputer dan berfikiran kritikal.

Kod BidangNama BidangTempoh Pengajian
IT-020-5:2013Pengurusan Sistem Komputer15 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
IT-020-4:2013Pentadbiran Sistem Komputer12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
IT-020-3:2013Operasi Sistem Komputer 12 Bulan

Syarat Kemasukan
1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Tidak rabun warna.
Peluang Kerjaya
Juruteknik Sistem Komputer
Juruteknik Khidmat Sokongan
Usahawan Kedai Komputer
Pembantu Tadbir
Pegawai Pemasaran ICT
Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional sekiranya melanjutkan pengajian.