Pengenalan
Bidang Penyediaan Pastri ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk pastri manisan dan pedas, kek, biskut, kuih muih dan hidangan pencuci mulut (sejuk dan panas) melalui pelbagai teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi serta tradisional.

Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri. Bidang penyediaan roti ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti piza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.

Kod BidangNama BidangTempoh Pengajian
HT-013-4:2012Pengurusan Pastri & Roti12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
HT-013-3:2011Pembuatan Roti12 Bulan
HT-013-2:2011Pembuatan Roti6 Bulan

Syarat Kemasukan
1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3. Tidak rabun warna.

Peluang Kerjaya
Bekerja sebagai Chef di Hotel 4/5 bintang / Resort
Membuka restoran sendiri
Perniagaan Katering
Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort
Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku
Pensyarah di Pusat Latihan
Chef Selebriti
Kitchen krew katering pengangkutan seperti kapal persiaran, kapal terbang, dan keretapi.