Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) - (K14018), merupakan sebuah Pusat Latihan Kemahiran milik penuh Yayasan Pahang yang telah beroperasi selama 20 tahun. Kepakaran pihak kami adalah sebagai penyedia latihan untuk Kursus Jangka Pendek terutama dalam bidang Latihan Teknikal serta Corporate training untuk golongan pekerja.

Kursus ini merangkumi bidang Fesyen, Bakeri, Kulinari, Sistem Komputer dan Pengurusan Pejabat. Kursus yang kami tawarkan dijalankan di bengkel / bilik kuliah/ kelas yang lengkap dengan kemudahan peralatan ditambah pula dengan bimbingan dari pensyarah yang bertauliah.

Pihak kami juga merupakan penyedia latihan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dimana kami menyediakan kursus dalam beberapa sub sector bagi menyokong penuh misi dan visi kerajaan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja mahir sekaligus mempertingkatkan pencapaian syarikat di Zon Wilayah Pantai Timur.

Sila klik senarai kursus di bawah untuk maklumat dan penerangan lanjut.