KAEDAH PERMOHONAN

Pelajar yang ingin memohon dan melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills boleh berunding dengan penasihat pelajar kami, memuat turun dan mengisi borang permohoan atau memohon secara dalam talian menerusi capaian link di bawah :

Permohonan dalam talian dibuka sepanjang tahun. Calon boleh memohon program pilihan mereka dengan mengklik butang 'Mohon Sekarang'. Sila isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang 'Hantar'. Kami akan menghubungi dan membimbing anda sepanjang proses permohonan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN

Semasa pendaftaran, pelajar dikehendaki membawa DOKUMEN ASAL dan SALINAN DOKUMEN ASAL seperti ketetapan berikut :

BILPERKARAKUANTITI
1.Salinan Surat Tawaran3 Keping
2.Salinan Kad Pengenalan Pelajar (Bersaiz 25%)3 Keping
3.Salian Kad Pengenalan Ibu dan Bapa (Bersaiz 25%)2 Keping
4.Salinan Sijil Kelahiran Pelajar2 Keping
5.Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa2 Keping
6.Salinan Sijil SPM/SPMV/PMR/PT3/SRP/setaraf3 Keping
7.Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga/Suami/Isteri(Sekiranya Berkahwin)2 Keping
8.Salinan Sijil Berhenti Sekolah3 Keping
9.Salinan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu (bagi yang bekerja sendiri)2 Keping
10.Salinan Surat Pengesahan Bermastautin daripada Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat Setempat2 Keping
11.Gambar Berukuran Passport8 Keping
12.Salinan Akaun CIMB Konvensional2 Keping
13.Salinan Bil Utiliti (contoh: Bil Elektrik, Bil Air atau Bil Astro)1 Keping


PENTING
SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISEDIAKAN DENGAN MENGGUNAKAN KERTAS A4 DAN PERLU MENDAPATKAN PENGESAHAN DARIPADA PENGETUA/KETUA KAMPUNG/PENGHULU MUKIM

SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

Anda dikehendaki mematuhi etika seperti berikut semasa anda mendaftar sebagai pelajar Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills :

SISWASISWI
Memakai baju kemeja, berseluar "slack" dan berkasut.Memakai pakaian kemas dan berkasut.
Seluar Jeans "TIDAK DIBENARKAN" sama sekali.Seluar Jeans "TIDAK DIBENARKAN" sama sekali.
Memakai tali leher dan berlengan panjang.Memakai pakain formal, bersih dan bersopan.
Berambut pendek dan kemas (DILARANG MEWARNAKAN RAMBUT)
Dilarang memakai baju T tanpa kolar.
Dilarang berselipar / bercapal.
Memakai pakaian formal yang kemas, bersih dan sopan.