Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills adalah merupakan sebuah pusat latihan kemahiran milik penuh University College of Yayasan Pahang (UCYP) yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Objektif penubuhan KYPAS adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik, kemahiran serta sempurna perwatakannya.

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills beroperasi di dua buah kampus, iaitu Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan Kampus Karak (K14027).

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Kampus Utama

Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Kampus Karak

No. P26-1, Jalan Avenue 1, Karak Avenue, 28600 Karak, Pahang Darul Makmur