+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ KYP Advanced Skills

Jan 30, 2020 380times

Pendaftaran Pelajar Baharu Januari 2020

Pada 20 Jan 2020 yang lalu, pihak Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah mengadakan hari pendaftaran pelajar baharu bertempat di kampus utama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan Pahang. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Pn Hajjah Norliza binti Abd Mubin Pengarah Eksekutif Kolej Yayasan Advanced Skills. Pada hari tersebut turut diadakan taklimat ringkas berkenaan Pemasaran, Jabatan Latihan Teknikal,Tajaan dan kewangan kepada ibubapa yang hadir. Hari Orentasi pelajar baharu bermula pada hari selasa,rabu dan berakhir pada hari khamis petang. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak HEP dan fasilitator bagi melancarkan hari orientasi sepanjang 3 hari berlansung. Berikut adalah pengisian hari orientasi tersebut :-

1)Pengisian hari Selasa : LDK 1( bagi pengenalan kepada pelajar baharu rakan-rakan kumpulan dan fasilitator. Ceramah Motivasi oleh En Wan Muhammad Hafizul bin Wan Ismail dari GPMS PAHANG. Tajuk Ceramah : ‘Cabaran Remaja masa kini’ Taklimat Jabatan Latihan Teknikal ; Mengenalkan pensyarah-pensyah KYPAS. Treasurehunt dan ZUMBA di sebelah petang

2)Pengisian Hari Rabu : Latihan Kawad oleh En, Fadhil Fun Run – Larian sejauh 7 km di sekitar kampus bagi memberi kecerdasan kepada peserta. LDK 2 – Latihan dalam kumpulan bagi mengeratkan silaturahim antara pelajar baru dan melatih pelajar bekerja sebagai satu pasukan. Taklimat HEP – Menerangkan Peraturan di kampus dan di asrama, Aktiviti-Aktiviti yg dijalankan oleh unit Hal Ehwal Pelajar. Bagi sesi petang semua kumpulan perlu membuat satu persembahan untuk hari penutup orientasi. Sebelah petang juga diadakan Zumba

3)Pengisian Hari Khamis : Senamrobik & ZUMBA Persembahan antara kumpulan di bilik 9 Pemenang :- Johan: Kumpulan 4teen Naib Johan : Kumpulan TSSKS 2020 Ke Tiga : Kumpulan Arvensis Keempat : Kumpulan Masterskills Majlis penutup oreantasi pelajar baharu telah di sempurnakan oleh Pn.Nani Masnida Bt Nordin (Pengurus Latihan Teknikal)

Go to top