+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

 

 
Super User

Super User

Sebuah program khas usaha sama antara Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) di bawah skim Housewives Enhancement and Reactive Talent Scheme (HEARTS).

Objektif:
Melatih suri rumah untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam pembanguna ekonomi negara melalui pekerjaan / bekerja sendiri.
Menyediakan platform kepada surirumah menguasai kemahiran baru.

Syarat Utama:
Suri rumah & ibu tunggal sahaja
Warganegara Malaysia
Tidak bekerja
Berusia 25 - 60 tahun

KLIK UNTUK DAFTAR

Pengambilan Sesi Mac 2020 telah dibuka.

Program jaminan kerjaya kini telah dibuka.. Peluang untuk terus bekerja di pelantar ataupun kapal selepas tamat kursus..

Terdapat 2 program disediakan:
1. Offshore Marine in Hospitality & Management
2. Basic Scaffolding Competency

Syarat kemasukan:
1. Berumur 18 - 40 tahun
2. Sihat tubuh badan & Bebas dari sebarang penyakit.
3. Body Mass Index BMI : Max 34
4. Bebas dari bahan terlarang
5. Tiada rekod Jenayah

Tempoh Latihan :
1 Bulan sahaja

Pembiayaan Kursus :
1. Yayasan Pahang
2. Affin Bank


Tempat kemasukan adalah terhad!!
Pertanyaan lanjut hubungi:

Thursday, 30 January 2020 05:12

Pendaftaran Pelajar Baharu Januari 2020

Pada 20 Jan 2020 yang lalu, pihak Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah mengadakan hari pendaftaran pelajar baharu bertempat di kampus utama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan Pahang. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Pn Hajjah Norliza binti Abd Mubin Pengarah Eksekutif Kolej Yayasan Advanced Skills. Pada hari tersebut turut diadakan taklimat ringkas berkenaan Pemasaran, Jabatan Latihan Teknikal,Tajaan dan kewangan kepada ibubapa yang hadir. Hari Orentasi pelajar baharu bermula pada hari selasa,rabu dan berakhir pada hari khamis petang. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak HEP dan fasilitator bagi melancarkan hari orientasi sepanjang 3 hari berlansung. Berikut adalah pengisian hari orientasi tersebut :-

1)Pengisian hari Selasa : LDK 1( bagi pengenalan kepada pelajar baharu rakan-rakan kumpulan dan fasilitator. Ceramah Motivasi oleh En Wan Muhammad Hafizul bin Wan Ismail dari GPMS PAHANG. Tajuk Ceramah : ‘Cabaran Remaja masa kini’ Taklimat Jabatan Latihan Teknikal ; Mengenalkan pensyarah-pensyah KYPAS. Treasurehunt dan ZUMBA di sebelah petang

2)Pengisian Hari Rabu : Latihan Kawad oleh En, Fadhil Fun Run – Larian sejauh 7 km di sekitar kampus bagi memberi kecerdasan kepada peserta. LDK 2 – Latihan dalam kumpulan bagi mengeratkan silaturahim antara pelajar baru dan melatih pelajar bekerja sebagai satu pasukan. Taklimat HEP – Menerangkan Peraturan di kampus dan di asrama, Aktiviti-Aktiviti yg dijalankan oleh unit Hal Ehwal Pelajar. Bagi sesi petang semua kumpulan perlu membuat satu persembahan untuk hari penutup orientasi. Sebelah petang juga diadakan Zumba

3)Pengisian Hari Khamis : Senamrobik & ZUMBA Persembahan antara kumpulan di bilik 9 Pemenang :- Johan: Kumpulan 4teen Naib Johan : Kumpulan TSSKS 2020 Ke Tiga : Kumpulan Arvensis Keempat : Kumpulan Masterskills Majlis penutup oreantasi pelajar baharu telah di sempurnakan oleh Pn.Nani Masnida Bt Nordin (Pengurus Latihan Teknikal)

Wednesday, 29 January 2020 03:34

Adobe Photoshop & Adobe Illustrator Workshop

Unit Kursus Jangka Pendek dengan Kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah menganjurkan kursus Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bertempat di Kolej Yayasan Pahang Taman Gelora. Kursus jangka pendek ini diadakan selama 2 hari bermula pada 29 Januari dan akan berakhir pada 30 Januari 2020. Melalui kursus ini, para pelatih akan mengikuti pembelajaran asas - pertengahan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator dalam menghasilkan rekaan logo, 2d karekter, rekaletak gambar dan rekaan grafik menarik.

Terima kasih Puan Norhayati sudi berkongsi cerita gembira kejayaan anak beliau yang merupakan bekas pelatih Program Jaminan Kerjaya di KYP Advanced Skills. Bagi anda yg masih mencari2 kerjaya yg menjanjikan pendapatan lumayan..di sini lah tempatnya...

✨PROGRAM JAMINAN KERJAYA | KYPSKILLS✨
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills akan terus mengorak langkah bagi program jaminan kerjaya,bakal memperkenalkan program baru dan usaha yang dilakukan dengan membuat Sesi Perbincangan dan Demo bagi pembangunan Program baru dalam bidang Minyak dan Gas yang bakal dianjurkan oleh kypskills bersama industri iaitu :

1. Underwater Air Diving program
2. Blasting Painting program

Pendaftaran masih lagi dibuka bagi kursus jaminan kerjaya 0ffshore Marine & Basic Scaffolding. Kami mempelawa seluruh warganegara yang berminat khas kepada pelatih lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. Berdedikasi dan berdisiplin rajin dan cekap dalam menjalankan tugas seharian.

Tarikh Pendaftaran : 20 - 29 Jan 2020
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills Dato Bahaman, Jalan Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang
Masa : 9 pagi - 4.30 ptg

Wednesday, 29 January 2020 02:57

Program Jaminan Kerjaya 2020

✨PROGRAM JAMINAN KERJAYA | KYPSKILLS✨
Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills akan terus mengorak langkah bagi program jaminan kerjaya,bakal memperkenalkan program baru dan usaha yang dilakukan dengan membuat Sesi Perbincangan dan Demo bagi pembangunan Program baru dalam bidang Minyak dan Gas yang bakal dianjurkan oleh kypskills bersama industri iaitu :
1. Underwater Air Diving program
2. Blasting Painting program

Pendaftaran masih lagi dibuka bagi kursus jaminan kerjaya 0ffshore Marine & Basic Scaffolding. Kami mempelawa seluruh warganegara yang berminat khas kepada pelatih lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. Berdedikasi dan berdisiplin rajin dan cekap dalam menjalankan tugas seharian.

Tarikh Pendaftaran : 20 - 29 Jan 2020
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills Dato Bahaman, Jalan Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang
Masa : 9 pagi - 4.30 ptg

Go to top