+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

 

 
Thursday, 07 March 2019 07:48

Pengambilan Mac 2019 - 25/3/2019

Kepada pelajar lepasan PT3/SPM/STPM dan lain-lain. pengambilan tambahan untuk kemasukan terdekat.

Kursus yang dibuka untuk pendaftaran adalah :
1) Pembuatan Pakaian Wanita 2) Kimpalan Arka

Jom cepat-cepat daftar..

Published in News

Bengkel pelarasan KPI Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills 2019, bertempat di Rocana Hotel Kuantan. Tujuan utama bengkel ini diadakan ialah bagi memperkasa pelan strategik serta mewujudkan hala tuju yang lebih baik dan mengekalkan sistem Jaminan Kualiti KYP Advanced Skills.

Published in News

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills menghantar peserta ke Pertandingan Memasak Rekacipta Produk Agromas Anjuran FAMA Negeri Pahang bertempat di Serambi Teruntum Kuantan. Alhamdulillah, keputusan adalah Johan dan Ketiga. Tahniah !! Moh! masuk KYP Skills..29/04/2019... Penyediaan makanan Pembuatan roti

Published in News
Thursday, 28 February 2019 07:33

Karnival Kerjaya "Future Career Design 2019"

*University College of Yayasan Pahang (UCYP)* berkerjasama dengan *JobsMalaysia Pahang* akan menganjurkan Karnival Kerjaya *"Future Career Design 2019"* yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut : Tarikh : *2 Mac 2019* (Sabtu) Masa : *9.00 pagi - 5.00* petang Tempat : *Lobi, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan* Seramai *20 majikan* (1000 kekosongan jawatan) yang akan menyertai Karnival Kerjaya ini.

Published in Events
Wednesday, 27 February 2019 07:29

KURSUS PEMBANGUNAN WIM

Kursus Pembangunan WIM, anjuran Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dan CIAST bertempat di Kampus Utama KYP Advanced Skills. Kursus ini dianjurkan bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada semua peserta dalam membangunkan dan mendokumenkan bahan pengajaran bertulis. Penghargaan dan terima kasih kepada Fasilitator daripada Ciast iaitu En Mohd Yusri Bin Pardi. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua terlibat.

Published in News

Pihak HEP mengadakan pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar KYPAS 2019. Tujuan diadakan bagi memilih calon umum dan kursus yang baru bagi menggantikan yang telah tamat pengajian. Program ini telah berlangsung di Kampus Utama, Asrama TVET 1 dan TVET 2.

Published in Events
Thursday, 14 February 2019 07:17

KONTINJEN PESAYA 2019 | LANGKAWI

Tahniah kepada 10 kakitangan KYP Advanced Skills yang terpilih mewakili kontinjen Yayasan Pahang Kontinjen Yayasan Pahang berlepas ke Langkawi untuk mengambil bahagian dalam Sukan Antara Yayasan (PESAYA) ke 18 bermula 14 - 22 Februari ini. Terdiri daripada 117 atlet dan pegawai yang diketuai oleh Ketua Kontinjen, Dato' Kamarudin Koskani Abd Hamid ini berlepas dari Kompleks Yayasan Pahang pada jam 3 petang tadi. Selamat berjuang dengan penuh semangat kesukanan...Yayasan Pahang pasti boleh!

Published in News
Go to top