Adobe Photoshop & Adobe Illustrator Workshop
Unit Kursus Jangka Pendek dengan Kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah menganjurkan kursus Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator bertempat di Kolej Yayasan Pahang Taman Gelora. Kursus jangka pendek ini diadakan selama 2 hari bermula pada 29 Januari dan akan berakhir pada 30 Januari 2020. Melalui kursus ini, para pelatih akan mengikuti pembelajaran asas - pertengahan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator dalam menghasilkan rekaan logo, 2d karekter, rekaletak gambar dan rekaan grafik menarik.