+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Thursday, 07 March 2019 07:48

Pengambilan Mac 2019 - 25/3/2019

Kepada pelajar lepasan PT3/SPM/STPM dan lain-lain. pengambilan tambahan untuk kemasukan terdekat.

Kursus yang dibuka untuk pendaftaran adalah :
1) Pembuatan Pakaian Wanita 2) Kimpalan Arka

Jom cepat-cepat daftar..

Published in News

Kini lebih mudah... Tak perlu ke Tanjung Lumpur untuk bayar balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang. Boleh bayar di UTC, Kuantan. Beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Published in News

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills menghantar peserta ke Pertandingan Memasak Rekacipta Produk Agromas Anjuran FAMA Negeri Pahang bertempat di Serambi Teruntum Kuantan. Alhamdulillah, keputusan adalah Johan dan Ketiga. Tahniah !! Moh! masuk KYP Skills..29/04/2019... Penyediaan makanan Pembuatan roti

Published in News
Thursday, 28 February 2019 07:33

Karnival Kerjaya "Future Career Design 2019"

*University College of Yayasan Pahang (UCYP)* berkerjasama dengan *JobsMalaysia Pahang* akan menganjurkan Karnival Kerjaya *"Future Career Design 2019"* yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut : Tarikh : *2 Mac 2019* (Sabtu) Masa : *9.00 pagi - 5.00* petang Tempat : *Lobi, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan* Seramai *20 majikan* (1000 kekosongan jawatan) yang akan menyertai Karnival Kerjaya ini.

Published in Events

Pihak HEP mengadakan pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar KYPAS 2019. Tujuan diadakan bagi memilih calon umum dan kursus yang baru bagi menggantikan yang telah tamat pengajian. Program ini telah berlangsung di Kampus Utama, Asrama TVET 1 dan TVET 2.

Published in Events
Thursday, 14 February 2019 07:17

KONTINJEN PESAYA 2019 | LANGKAWI

Tahniah kepada 10 kakitangan KYP Advanced Skills yang terpilih mewakili kontinjen Yayasan Pahang Kontinjen Yayasan Pahang berlepas ke Langkawi untuk mengambil bahagian dalam Sukan Antara Yayasan (PESAYA) ke 18 bermula 14 - 22 Februari ini. Terdiri daripada 117 atlet dan pegawai yang diketuai oleh Ketua Kontinjen, Dato' Kamarudin Koskani Abd Hamid ini berlepas dari Kompleks Yayasan Pahang pada jam 3 petang tadi. Selamat berjuang dengan penuh semangat kesukanan...Yayasan Pahang pasti boleh!

Published in News
Saturday, 02 February 2019 07:30

AKTIVITI MINGGU ASPIRASI SISWA | JAN 2019

Tahniah kepada semua Pelajar Bahru yang terlibat dan mejayakan aktiviti minggu Aspirasi Siswa Jan 2019. "Tidak penting dimana ANDA bermula,yang penting dimana ANDA berakhir Majlis penutup minggu Aspirasi Siswa Jan 2019 berakhir pada 1 Feb 2019 yang telah disempurnakan oleh Barisan Pengurusan KYP Advanced Skills. Ucapan Terima kasih kepada semua yang terlibat HEP/MPP dan semua kakitangan KYPAS dalam menjayakan aktiviti minggu Aspirasi Siswa Jan 2019.

Published in News
Tuesday, 05 February 2019 03:46

Happy Chinese New Year

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Budha dan mereka yang meraikannya serta selamat bercuti kepada semua. Sudah menjadi kebiasaan, sambutan perayaan mana-mana bangsa diraikan bersama-sama bagi warga Malaysia kerana rakyat di negara ini telah sebati dengan kehidupan sebagai kesatuan dalam kepelbagaian. Biarpun Tahun Baru Cina adalah berasaskan bangsa namun bangsa-bangsa lain tetap meraikannya sebagai masyarakat majmuk yang saling memahami, hormat menghormati dan dapat hidup rukun bersama-sama. Perpaduan kaum inilah yang perlu terus dipelihara demi kesejahteraan berpanjangan.

Published in News
Go to top