Sejarah Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYP Advanced Skills) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang yang telah ditubuhkan sejak 1992. KYP Advanced Skills menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri.
Misi penubuhan KYP Advanced Skills adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya.
Untuk mencapai hasrat itu, KYP Advanced Skills akan memberikan perkhidmatannya pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya. KYP Advanced Skills beroperasi di dua buah Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan Kampus di Karak, Pahang (K14027) .
Selaras dengan usaha untuk merealisasikan Visi Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills sebagai sebuah organisasi terbilang di dalam bidang pendidikan kemahiran, KYPAS telah melalui beberapa fasa transformasi yang komprehensif.
Bermula pada 1992 dan dikenali sebagai Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) sehinggalah pada bulan Januari 2016, penjenamaan sebagai Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills adalah merupakan satu pelan strategik dan pemacu kepada usaha KYPAS untuk menjadi sebuah organisasi yang dinamik, memiliki modal insan yang kompeten, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi pengguna seterusnya bersama kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.