Polisi Kualiti

Polisi dan dasar KYP Advanced Skills akan memberi tumpuan kepada sistem kualiti yang dikanunkan dibawah ISO 9002 seperti perkara berikut :-

Memastikan bahawa para pelajar sebagai pelanggan utama, lulus dengan cemerlang serta mempunyai sahsiah diri yang baik.

Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan melalui sistem kualiti yang dikanunkan di bawah ISO 9001:2015.

Memastikan semua kakitangan cekap dan dapat melaksanakan kerja dengan cara yang betul dengan memberikan latihan serta tunjuk ajar dari masa ke semasa.

Pendidikan berteraskan kemahiran adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara keseluruhan dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. KYP Advanced Skills akan berusaha melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi dan berkeupayaan mencapai kejayaan serta memberikan sumbangan terhadap negara.

Sejajar dengan itu,KYP Advanced Skills telah bertekad menjadi sebuah pusat latihan kemahiran terulung di Pantai Timur yang inovatif dalam semua aspek untuk menjadikan kemahiran sebagai satu asas dalam perjuangan hidup.