+609-567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang

Super User

Super User

Hari Terbuka Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

Tarikh : 29 Januari 2019
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, Kuantan

Adalah merupakan hari KYPAS bersama orangramai. Pada hari ini pengunjung akan didedahkan dengan kursus berkaitan masakan dan pembuatan roti. Selain itu pengunjung juga akan dimaklumkan berkenaan aktiviti kelas, bengkel serta peluang kerjaya selepas menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut.

Dua sesi dijalankan iaitu pada waktu pagi dan petang dengan beberapa aktiviti yang telah dirancang seperti taklimat kursus, lawatan bengkel dan demo masakan serta pembuatan roti. Jom sertai hari terbuka ini.. 50 pengunjung terawal berpeluang merasai Coffee percuma dari barista Coffeville..

Sebarang pertanyaan hubungi:
http://bit.ly/2Q8jCjs (En. Azrul)
http://bit.ly/2Q6HqnX (Pn. Baiti)
http://bit.ly/2Q6I84q (Cik Wardah)

Berikut adalah merupakan tentatif sepanjang Hari Terbuka Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills :

Sesi I

MasaPerkara
9.00 pg - 11.00 pgTaklimat Kursus (Pembelajaran & Kerjaya)
Lawatan Bengkel
Demo Masakan & Pembuatan Roti
Sesi Soal Jawab
Bersurai

Sesi II

MasaPerkara
3.00 ptg - 5.00 ptgTaklimat Kursus (Pembelajaran & Kerjaya)
Lawatan Bengkel
Demo Masakan & Pembuatan Roti
Sesi Soal Jawab
Bersurai

Lokasi Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Kampus Kuantan

Friday, 14 December 2018 07:05

Kemasukan Januari 2019

Pengambilan JANUARI 2019

PERHATIAN? INGIN BAKAT ANDA DITAULIAHKAN? ANDA TIDAK BERMINAT MENGIKUTI ALIRAN AKADEMIK?

Kemasukkan adalah terhad. Mari sertai kami di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

Kursus Yang Ditawarkan:-

Sijil Kemahiran Malaysia (tahap 2&3)
Diploma Kemahiran Malaysia (tahap 4)
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (tahap 5)

Elektrik
Penyediaan makanan
Pembuatan roti
Fesyen
Pengurusan Pejabat
Sistem Komputer
Kimpalan
Automotif



Kemasukan:
Pendaftaran Terbuka Pada

☑ 28/1/2019
☑ 9.00 pagi-4.00 ptg

Sijil & Diploma Akan Dianugerahkan Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Tempoh Kursus :
⏳18 bulan (thp2 &3)
⏳15 bulan (thp 4)
⏳18bulan (thp 5)

Syarat Kemasukan;

Umur 16 - 35 Tahun
Lelaki & Perempuan
(Sihat tubuh badan)
Lepasan Sekolah/Tidak Tamat Sekolah Menengah (boleh membaca & menulis)
PT3 / PMR / SPM / STPM


✅ Pinjaman PTPK  & YAYASAN PAHANG

✅Asrama Disediakan .

Berminat Untuk Memohon?

Sila hadir ke
KOLEJ YAYASAN PAHANG ADVANCED SKILLS
JALAN DATO BAHAMAN KUBANG BUAYA
25250 KUANTAN PAHANG

Maklumat Lanjut Sila Hubungi Agen Bahagian Pengambilan Dan Kemasukan Pelajar:

Cik Baiti - www.wasap.my/60189494681
 Call / whatsapp ?

Friday, 21 September 2018 02:28

Pengambilan Oktober 2018

Pengambilan oktober 2018

Pengambilan pelajar baru bagi sesi kemasukan Oktober 2018 kini dibuka.

Untuk makluman bagi kemasukan pelajar baru pada 29 Oktober 2018 ini, antara kursus-kurus yang dibuka / ditawarkan mengikut kampus adalah seperti berikut :

Kampus Kuantan
Kulinari - Tahap 2(17 orang)
Bakeri - Tahap 2 (25 orang)
Elektrik - Tahap 2 (25 orang)

Kampus Karak
Kimpalan -Tahap 3(25 orang)
Aircond - Tahap 2 (25 orang)

Pinjaman Yang Ditawarkan:
1. Yayasan Pahang (YP)
2. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

KEKOSONGAN ADALAH TERHAD!!. Berminat untuk memohon? Sila klik pautan PERMOHONAN ONLINE untuk pendaftaran atas talian.

Untuk maklumat lanjut hubungi : +609-567 1333 @ 018-9494681

Tuesday, 31 July 2018 03:53

Program HEP

Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills telah menganjurkan ...

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Kemasukan Julai 2018

Tarikh : 30 Julai 2018
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, Kuantan

Sessi pendaftaran pelajar baru bagi ambilan Julai 2018 akan diadakan pada Isnin,30 Julai 2018 bertempat di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan. Berikut adalah tentatif program sepanjang hari pendaftaran :

MasaPerkara
8.30 pagiKetibaan Ibuapa pelajar di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills
8.50 pagiSarapan
9.00 pagiBacaan Doa
Taklimat Jabatan Latihan Teknikal & Taklimat Tajaan
Ucapan Alu-Aluan Daripada Pengarah Eksekutif Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills
Ybhg. Puan Hajjah Nor Liza Binti Abd Mubin
9.30 pagiUcapan Perasmian oleh Pengarah Urusan University College of Yayasan Pahang
YH. Dato' Norhishamuddin Bin Yaacob, DIMP., AMP.
9.45 pagiSesi Pendaftaran Pelajar
Jamuan Ringan
Bersurai

Lokasi Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Kampus Kuantan

Lokasi Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills - Kampus Karak

Majlis Perasmian Coffeeville di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

Tarikh : 24 Julai 2018
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan

Satu majlis perasmian Coffeeville telah diadakan pada 24 Julai 2018 bertempat di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kuantan. Majlis ini adalah sempena pembukaan Caffeeville yang pertama di Kuantan dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KYP AS, Dato' Dr. Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil. Untuk makluman, Coffeeville adalah merupakan .....

Majlis MOU antara Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dan De Rhu Beach Resort

Tarikh : 27 Julai 2018
Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dan De Rhu Beach Resort telah diadakan pada Jumaat, 27 Julai 2018 bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. MOU ini adalah bertujuan memberi laluan kepada para pelajar KYP AS untuk

Majlis MOU Antara Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills dan MOCA Resources Sdn Bhd

Tarikh : 24 Julai 2018
Tempat : The Royal Azizah Studio Kitchen, Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun. Latihan ini di dianjurkan oleh Pelajar PENGURUSAN PEJABAT & kerjasama pihak HEP KYPAS, sebagai persediaan sekirannya terjadi insiden kebakaran sebenar di asrama. "Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pelajar cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Terima kasih kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) #999Sediaberkhidmat #BombadanPenyelamatMalaysia

Saturday, 14 July 2018 17:48

Peperiksaan Akhir Julai 2018

Kami seluruh warga kerja KYP Advanced Skills mendoakan semua pelatih/pelajar yang menduduki peperiksaan akhir 16-20 Julai 2018, dapat menjawap soalan Teori & Amali dengan tenang, jangan lupa solat serta doa dan mendapat restu Ibu Bapa dan Pengajar.


Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ikipskil/public_html/main/components/com_k2/templates/default/user.php on line 260
Page 1 of 2